Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San (dua dari kanan) pada sidang media Op Lejang Wave Alpha di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bukit Mertajam hari ini. Foto TVS

Seludup 87 buah motosikal curi ke negara jiran

BUKIT MERTAJAM, 1 Dis: Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 87 kes kecurian motosikal jenis Honda Wave Alpha selepas dua ahli kumpulan penjenayah itu ditahan di Butterworth di sini dan Padang Besar, Perlis minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San, suspek lelaki berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima 10 laporan berhubung kejadian kecurian motosikal jenis sama di daerah ini.

“Suspek yang menyasarkan kawasan parkir motosikal di stesen kereta api di Bukit Mertajam dan Bukit Tengah tersebut sejak Jun hingga Ogos lalu ditahan menerusi Op Lejang Wave Alpha yang kita tubuhkan pada Ogos.

“Susulan tangkapan itu kita merampas dua motosikal Honda Wave Alpha bersama peralatan mencuri dan beberapa dokumen yang digunakan untuk merentasi sempadan negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini, hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal terbabit untuk dijual ke negara jiran pada harga RM1,000 sebuah kerana mendapat permintaan tinggi.

“Suspek akan hantar sendiri motosikal-motosikal curi ke negara jiran menggunakan satu nombor plat yang didaftarkan atas satu motosikal melalui jalan sah darat.

“Setakat ini kita berjaya selesaikan 30 kes di negeri ini dan 57 kes lagi di Kedah membabitkan sasaran motosikla jenis sama di lokasi seperti stesen kereta api, pasar dan hospital,” katanya lagi.

Menurut Cheng San, suspek direman seminggu sehingga Ahad depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan