Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto TVS.

Sarawak berjaya tanam 15.8 juta batang pokok, rekod tertinggi di Malaysia

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Dis: Program Restorasi Landskap Hutan (FLR) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak berjaya menaman sebanyak 15.8 juta pokok yang merupakan rekod penanaman tertinggi di Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kawasan hutan yang berkurangan dengan spesies pokok asli bernilai tinggi.

“Program ini juga dilaksanakan sejajar dengan Program Penghijauan Malaysia yang mensasarkan penamanan 100 juta pokok menjelang 2025.

“Jumlah tanaman berkenaan dicapai setakat 27 November tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan penggulungannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak turut berkongsi kejayaan Program Tukun Tiruan Sarawak Fasa Pertama yang berjaya meningkatkan hasil tangkapan nelayan tempatan.

Susulan kejayaan berkenaan, beliau memberitahu, Kerajaan Sarawak telah meluluskan perlaksanaan fasa kedua program berkenaan membabitkan kos RM30 juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.

Projek fasa satu sebelum ini dilaksanakan dengan kos RM70 juta yang meliputi kawasan pesisiran pantai sepanjang 1,000 kilometer (km) yang telah selesai pada 19 September tahun ini.

Menerusinya, sebanyak 16,800 tukun telah dilabuhkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan