Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan teks ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Insentif khas untuk penjawat awam Sarawak dan Persekutuan di Sarawak

KUCHING, 1 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bayaran insentif khas kepada penjawat awam Sarawak dan Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Bayaran insentif khas kepada penjawat awam Sarawak ialah satu setengah bulan gaji pokok atau minima RM2,000, katanya semasa berucap pada sesi penggulungan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Penjawat awam Persekutuan di Sarawak yang berjumlah kira-kira 137,000 orang pula akan menerima insentif berjumlah RM500.

Bayaran akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

“Kerajaan GPS amat menghargai sumbangan dan komitmen pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional sepanjang tahun ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan