Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengusaha Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui hadir pada sidang media sempena pertandingan memancing yang akan berlangsung pada Sabtu ini. Foto TVS.

Hadiah RM10 ribu menanti kaki pancing di Sarikei

SARIKEI, 1 Dis: Lebih 300 peserta mengesahkan penyertaan untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan pada pertandingan memancing sempena Pesta Nanas dan Buah- buahan Sarikei 2022 pada Sabtu ini.

Acara anjuran Pejabat Tanah dan Survei Sarikei itu akan berlangsung di tebingan Sungai Sarikei.

Pengusaha Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui berkata, pertandingan memancing tahun ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tebingan sungai dan sungai.

“Bagi kategori sungai, johan akan menerima hadiah utama berjumlah RM10,000 manakala untuk naib johan RM2,000 dan ketiga RM1,000 di samping hadiah sagu hati turut disediakan.

“Bagi kategori tebingan sungai pula, wang tunai sebanyak RM8,000 menanti pemenang utama,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Choon Kui memberitahu, pertandingan berkenaan antara lain turut bertujuan untuk mempromosikan Sarikei sebagai destinasi agro pelancongan di kawasan tengah Sarawak.

Katanya, pertandingan itu terbuka kepada semua yang berminat malah penganjur turut membuka penyertaan kepada kaki pancing dari Indonesia dan Brunei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan