Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto JaPen.

DUN Sarawak: Sejuta hektar tanah NCR disukat menerusi Inisiatif Baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 1 Dis: Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu telah berjaya mengukur 1,060,811 hektar secara perimeter sehingga 31 Oktober 2022.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kira-kira 813,587 hektar daripadanya telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. 

“Pewartaan bagi baki kawasan yang telah diukur secara perimeter akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan bagi Kementerian Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sejak 2017, fokus pengukuran juga ditumpukan kepada pengukuran lot-lot individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri berdasarkan permohonan dan kesediaan penuntut-penuntut tanah tersebut.

Sehingga 31 Oktober 2022, sebanyak 58,606 lot individu telah diukur melibatkan kawasan seluas 74,181 hektar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Bagi mempercepatkan pengukuran lot individu tanah NCR ini penuntut tanah dikehendaki hadir semasa pengukuran di lapangan, menandakan sempadan tanah mereka dengan jelas dan mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar.

“Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan kelangsungan program ini dan akan terus menyediakan dana yang diperlukan di samping dana yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan