Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang sedang mendayung bersama anaknya di kawasan perairan berhampiran markas Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berdepan detik cemas apabila mereka diserang seekor buaya. Foto: JPBM

‘Bertarung’ dengan buaya untuk selamatkan anak namun gagal 

LAHAD DATU, 1 Dis: Seorang lelaki yang sedang mendayung bersama anaknya di kawasan perairan berhampiran markas Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berdepan detik cemas apabila mereka diserang seekor buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia cuba menyelamatkan anak lelakinya yang disambar reptilia berkenaan namun gagal.

“Lelaki itu turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan akibat digigit buaya itu manakala anaknya diheret ke dalam laut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video dan gambar kejadian berkenaan turut tular menerusi media sosial.

Bapa mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, Sumsoa berkata, sejurus menerima laporan kejadian pada pukul 10.51 pagi tadi, pihaknya bersama PPM segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran kawasan kejadian.

“Sehingga kini SAR masih diteruskan di kawasan kejadian,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan