Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) Bagi Projek Green Steel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di sini hari ini. Foto TVS

SOGDC dan ESTEEL jalin kerjasama projek besi cecah RM20 bilion

KOTA KINABALU, 30 Nov: Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) menjalin kerjasama dengan Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. (ESTEEL) dalam projek pembuatan besi membabitkan nilai pelaburan hampir RM20 bilion.

Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, projek tiga fasa itu dijangka menjana pertumbuhan ekonomi yang besar kepada masyarakat setempat melalui penciptaan lebih 30,000 peluang pekerjaan.

Menurutnya, kerjasama itu menyasarkan pembangunan keseluruhan rantaian keluli hijau dan teknologi hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon global antara tujuh hingga lapan peratus.

“Syarikat ini akan melabur sebanyak USD4.39 bilion atau hampir RM20 bilion.

“Saya rasa ini merupakan antara pelaburan yang terbesar pernah disaksikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) Bagi Projek Green Steel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Katanya, SOGIP bakal menjadi penanda aras baharu dalam pembangunan perindustrian di Sabah dan akan menjadi destinasi pilihan pertama bagi pelabur-pelabur di rantau Asia dan juga Asia Tenggara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan