Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom bercakap dalam sidang media selepas ucapan pergulungannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.Foto TVS.

Sarawak mula eksport ayam – Stephen Rundi

ByYusuf Shukri

KUCHING, 30 Nov: Sarawak mahu meningkatkan pengeluaran bekalan ayam dan telur bagi mengukuhkan peranan selaku pengeksport hasil ternakan berkenaan, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah berkata, ini kerana Sarawak telah menghentikan pengimportan ayam dari luar negara malah mula mengeskport ternakan itu.

“Ini merupakan usaha untuk meningkatkan keselamatan makanan di negeri kita.

“Walaupun kos untuk menjadi pengeluar adalah sangat tinggi namun ia merupakan langkah penting untuk mencapai objektif tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan pergulungannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Pada masa sama kata beliau, Sarawak tidak boleh mengabaikan tanaman padi walaupun pulangannya tidak sebesar kelapa sawit.

“Beras merupakan makanan ruji kita. Jika negara lain berhenti mengeksport beras atau mereka tidak dapat lagi menjual komoditi tersebut, kita akan mengalami masalah besar.

“Sebab itu kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk pengeluaran padi. Kita perlu mengimbangi pendekatan kita membabitkan keselamatan makanan dan industri makanan,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan