Iran, tidak pernah mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dalam lima percubaan sebelum ini, memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk memperoleh empat mata sebelum meneruskan kemaraan.
Gol pembukaan berlaku pada minit ke-38 apabila pemain sayap Chelsea, Pulisic berjaya menjaringkan gol hasil hantaran lintang Sergino Dest dari sebelah kanan.
Tim Weah juga hampir menambah kemenangan AS apabila beliau menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama sebelum dinafikan oleh video bantu pengadil (VAR) kerana ofsaid.
Iran menggandakan asakan mereka apabila Saman Ghoddos membuat hantaran silang tetapi melencong terkena tiang pada minit ke-52.
Pada minit terakhir, ASÂ mempertahankan serangan lawan dengan lebih baik. Kemenangan satu gol memastikan mereka mendapat tempat ke pusingan 16 terbaik manakala Iran sekali lagi gagal mara.
Hasil kemenangan ke atas Iran, AS berada di tangga kedua Kumpulan B, dan akan menentang pemenang Kumpulan A, Belanda dalam pusingan 16 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu. -TVS