Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak berjaya meningkatkan tahap sara diri (SSL) susu segar kepada 25 peratus pada tahun ini, kata Stephen Rundi. Foto TVS.

Pengeluaran susu segar SSL Sarawak meningkat 24 peratus sejak 2016

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Nov: Sarawak berjaya meningkatkan tahap sara diri (SSL) susu segar kepada 25 peratus pada tahun ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pada 2016 tahap SSL yang dicatatkan ialah satu peratus sahaja.

“Peratusan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh penubuhan ladang tenusu di Kampung Panchor, Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Hari Ketujuh Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini hari ini.

Sementara itu, bagi SSL produk daging lembu dan kambing, Stephen Rundi memberitahu, pencapaiannya masih rendah iaitu masing-masing 12 peratus dan 5.5 peratus.

“Populasi lembu dan kerbau di Sarawak dianggarkan masing-masing 17,000 dan 7,300 ekor manakala populasi bagi kambing dan biri-biri ialah 14,000 ekor,” jelasnya.

Bagaimanapun tegasnya, menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, kementerian menyasarkan untuk mencapai 25 peratus SSL bagi penghasilan sumber protein berkenaan.

“Bagi mencapai sasaran ini, sekitar 60,000 ekor lembu dan 20,000 ekor kerbau serta 215,000 ekor biri-biri dan kambing diperlukan,” tegasnya.

Terdahulu, beliau turut memberitahu, Kerajaan Sarawak akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan industri ternakan di sini.

Ke arah itu katanya, kementeriannya menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah melaksanakan inisiatif kerjasama awam dan swasta (PPP) bagi menswastakan stesen-stesen ternakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan