Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Fiqri Razak (TVS)

DUN Sarawak: Pemegang Kenyalang Gold Card kini 218,935 orang

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Nov: Pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) kini berjumlah 218,935 orang sejak diperkenalkan sehingga Oktober 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata jumlah rakan strategik KGC kini berjumlah 407 berbanding 46 pada 2020.

“Seramai 10,073 waris telah menerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang melibatkan nilai keseluruhan RM30.2 juta,” katanya berucap menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

KGC menyediakan kemudahan dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain lagi daripada rakan untuk manfaat warga emas yang memiliki kad berkenaan.

Penyediaan kemudahan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyumbang balik kepada masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan