Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap di majlis pelancaran IJBEL di Acara Perniagaan Ketiga Tribal Meet (TriBE Assembly) hari ini. Foto: Regina Lee (TVS)

IJBEL bantu Sarawak capai matlamat PCDS – Abdul Karim

KUCHING, 30 Nov: Jurnal Antarabangsa Acara Perniagaan dan Legasi (IJBEL) membantu Kerajaan Sarawak mencapai matlamat yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, ini kerana IJBEL menghantar mesej kuat serta jelas mengenai kerjasama yang dilaksanakan selain terbukti menjadi platform berharga untuk membuka pelbagai peluang kerjasama.

“Di bawah pemboleh ubah pendidikan dan modal insan PCDS, IJBEL membantu mengoptimumkan modal insan Sarawak dan menghasilkan tenaga kerja yang tangkas serta mampu cemerlang di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran IJBEL sempena Acara Perniagaan Kali Ketiga Tribal Meet (TriBE Assembly) di sini hari ini.

IJBEL merupakan jurnal akademik pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada acara perniagaan dan warisan untuk mengukuhkan kapasiti pengetahuan dan nilai melalui pendidikan dan kerjasama.

Mempunyai 44 editor dan penasihat dari 15 negara, kesemua mereka berkongsi kepakaran masing – masing malah penerbitannya juga sesuai untuk pelbagai peringkat.

Sementara itu, Abdul Karim turut menekankan yang acara perniagaan dianjurkan di sini sangat penting untuk menambahkan nilai Sarawak bersandarkan kesan warisan yang dibawa ke konvensyen, mesyuarat dan majlis-majlis ilmu serta meja rundingan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan