Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

DUN Sarawak: Tujuh kod adat disemak semula bagi menyesuaikan keadaan sosial baharu

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Nov: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) kini dalam proses menyemak semula tujuh adat yang dikodifikasikan bagi menyesuaikan keadaan sosial baharu dalam masyarakat.

Tujuh kod adat adalah Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994, Adet Kayan-Kenyah 1994, Adat Bisaya 2004, Adat Lun Bawang 2004, Adet Kelabit 2008 dan Adet Penan 2011.

Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai berkata proses semakan dibuat berikutan sesetengah peruntukan dalam adat tersebut tidak lagi relevan dengan perubahan keadaan sosial dalam sesetengah masyarakat asli.

“Sebagai contoh, tidak ada satu adat yang mengawal pemisahan rumah panjang dalam masyarakat Iban.

“Dalam kes ini, rumah panjang yang dipecah menjadi rumah panjang kedua dan ketiga masih lagi di bawah bidang kuasa wilayah rumah panjang yang lama,” ujarnya ketika sesi perbahasan atas bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Selasa.

John Sikie juga berkata dengan itu, adat-adat yang dikodifikasikan perlu dikaji semula dengan tujuan untuk menggantikan kepada kod adat yang baharu bagi menyesuaikan keadaan sosial baharu dalam masyarakat.

“Empat kod adat kini dalam peringkat awal proses semakan iaitu Adat Bidayuh 1994, Adet Kayan-Kenyah 1994, Adat Bisaya dan Adat Lun Bawang 2004.

“Manakala lima kod adat lagi iaitu Adet Melanau, Adet Berawan, Adet Kajang, Adet Bagatan dan Adet Kiput kini dalam proses penggubalan dan tapisan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan