Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

DUN Sarawak: Pewartaan pindaan definisi ‘asli’ kini dalam proses memuktamadkan syarat

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak kini dalam proses memuktamadkan syarat dan keperluan serta prosedur permohonan sebelum meluluskan perwartaan pindaan definisi ‘asli’.

Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Ba’Kelalan Baru Bian mengenai kelewatan mewartakan pindaan kepada definisi asli semasa sesi perbahasan atas bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Selasa.

Beliau juga berkata pewartaan untuk pindaan itu hanya boleh dikuatkuasa apabila syarat dan keperluan telah pun tersedia.

“Sehingga hari ini, kerajaan sedang dalam proses memuktamadkan syarat dan keperluan serta tatacara permohonan pengiktirafan sebagai anak jati Sarawak.

“Kemudian, syarat dan tatacara prosedur itu akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada kadar yang segera,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan