Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

DUN Sarawak: MAIS bakal tubuh institut penyelidikan adat pelbagai etnik

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Nov: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) bakal menubuhkan sebuah institut penyelidikan mengenai adat pelbagai kumpulan etnik melalui pelan strategik MAIS 2022-2026.

Menurut Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai, institut tersebut akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah agensi tumpuan berhubung adat dan tradisi bumiputera di Sarawak.

“Program ini akan menjadi pemboleh utama kepada MAIS untuk menggunakan sepenuhnya kapasiti penyelidikannya dalam pembangunan promosi dan adat bumiputera.

“Ia juga bertindak sebagai platform dalam memelihara, memupuk dan mempromosikan adat dan tradisi bumiputera,” katanya ketika dalam Perbahasan bagi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

John Sikie juga berkata Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) bakal menjadi sebuah badan korporat yang bebas dalam menentukan pentadbiran harian MAIS termasuklah pengambilan pegawai baharu serta perancangan pada masa akan datang sejak penubuhan pada setengah abad yang lalu.

“Bagi membolehkan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) melaksanakan fungsinya sebagai sebuah badan korporat yang berkesan, dua ordinan akan dipinda semula.

“Dua ordinan itu adalah Ordinan Adat Istiadat 1997 dan Ordinan Adat Istiadat Bumiputera (Deklarasi) 1996,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan