KUCHING, 29 Nov: Perbelanjaan berjumlah RM3.2 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf 21 bilik perbicaraan mahkamah di pelbagai daerah dan sub daerah sejak tahun 2015.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai memaklumkan juga bahawa tiga bilik perbicaraan mahkamah pada tahun ini telah diluluskan di bawah program menaik taraf.
“Bilik perbicaraan mahkamah yang diluluskan dibawah program menaik taraf ialah di Pejabat Daerah Lingga, Pejabat Daerah Daro dan Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit.
“Projek-projek yang sedang dilaksanakan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak akan siap dibina dalam tahun ini,” katanya ketika semasa sesi perbahasan atas bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Selasa. – TVS