Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi MPS, Clarence Ting Ing Horh bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPS di sini hari ini. Foto TVS.

Denda menanti restoran di Sibu jika buang sisa minyak ke longkang

SIBU, 30 Nov: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan mengeluarkan kompaun terhadap kedai makan di sini yang dikesan membuang sisa minyak masak ke longkang bermula tahun depan.

Pengerusinya, Clarence Ting Ing Horh berkata, ini kerana pihaknya terpaksa membersihkan longkang yang tersumbat ekoran tindakan tidak bertanggungjawab pemilik premis berkenaan.

“Sehubungan itu, pemilik kedai makan perlu memastikan sisa minyak diuruskan dengan baik.

“Ini kerana pihak majlis perlu membersihkan longkang yang tersumbat terutamanya di kawasan bandar disebabkan perbuatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPS di sini hari ini.

Tambah beliau, MPS turut menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perkara itu sehingga menimbulkan persepsi kurang baik.

Ditanya mengenai jumlah kompaun yang bakal dikenakan, Clarence Ting berkata, beliau menyerahkan kepada penguatkuasa untuk menentukannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan