Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rang Undang Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, memberi hak kepada Sarawak untuk mengawal selia sumber spektrum di negeri ini.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi. Foto:TVS

Stesen jana kuasa elektrik sedang dibina bagi menampung permintaan tenaga

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak dalam proses membina dan merancang pembinaan stesen-stesen jana kuasa baharu berkapasiti 2,577 megawatt (MW) sejajar dengan jangkaan peningkatan permintaan guna tenaga elekrik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata jumlah penggunaan ini dijangka meningkat kepada 4,680 MW pada 2023 dan 5,000 MW pada 2025.

Jumlah kapasiti penjanaan elektrik di Sarawak pada masa ini ialah 5,996 MW dan ia mencukupi berbanding penggunaan ketika ini iaitu 4,398 MW, katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata pembinaan dan perancangan stesen jana kuasa itu merangkumi Combines Cycle Gas Turbine (CCGT) di Miri, yang mempunyai kapasiti 400 MW, dua CCGT di Samalaju yang akan mempunyai kapasiti 842 MW.

Ketiga, sistem solar terapung di Empangan Batang Ai yang mempunyai kapasiti 50 MW, keempat Empangan Baleh yang mempunyai kapasiti 1,285 MW. Stesen-stesen jana kuasa tersebut dijangka siap antara 2023 hingga 2028.

Selain itu, sistem penghantaran (transmission line) telah dibangunkan dan diperluaskan untuk memastikan kapasiti yang mencukupi selari dengan peningkatan kapasiti penjanaan.

“Di bawah projek Northern Grid Extension, pencawang 275 kilovolt (kV) Bunut, Miri sedang dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2023.

“Ia akan disambung ke Similajau, Miri, Limbang dan Lawas melalui talian penghantaran (transmission line) 275 kv,” ujarnya.

Dengan siapnya projek ini, bahagian Limbang dan Lawas akan disambungkan ke talian grid elektrik Sarawak yang dijangka siap menjelang 2024.

Ini tertakluk kepada isu izin lalu di mana Sarawak Energy bersama agensi-agensi berkaitan sedang giat menyelesaikan isu tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan