Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn bersama timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Datuk Francis Harden Hollis padasidang media selepas sesi penggulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat di Dewan Undangan Negeri, Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah.

Sekolah daif: 363 siap, 600 sedang dibaik pulih

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Sebanyak 363 sekolah daif di seluruh Sarawak telah siap dibaik pulih setakat ini, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, 600 sekolah lagi sedang dibaik pulih dan dalam proses lakaran pelan projek Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Terdapat sekolah yang perlu dibaik pulih namun belum ditender kerana JKR perlu melihat kepada pelbagai fasiliti yang perlu diperbaiki.

“Terdapat juga sekolah di kawasan yang berkaitan memilih untuk berpindah terutamanya di lokasi banjir,” katanya pada sidang media selepas selesai sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Sagah turut mendedahkan bahawa beberapa sekolah daif juga akan mengambil masa yang lama untuk dibina berikutan pemindahan ke lokasi yang baharu.

Tambahnya lagi, perkara tersebut perlu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Perbendaharaan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Dalam ucapan penggulungan beliau berkata, kementeriannya akan komited untuk memastikan perkara yang berkaitan seperti sekolah daif, fasiliti dan kemudahan, penempatan dan pembinaan baharu sekolah akan diberikan perhatian dan pertimbangan kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan