Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Sarawak akan memiliki empat Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Projek pembinaan bagi Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) bertempat di Batu 12 Jalan Kuching-Serian dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2023.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata pembinaan projek itu kini telah mencapai 50.67 peratus.

“Setelah dibangunkan sepenuhnya kelak, kampus ini bakal mempunyai kapasiti bagi menampung 500 pelajar dari Tahun 7 hingga Tahun 11 yang setara dengan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Roland berkata lagi, kerajaan Sarawak turut membina YSISS di Sibu yang disasar akan bermula pembinaan pada suku pertama 2023 dan siap pada Julai 2024.

“YSISS Bintulu dan Miri kini dalam peringkat perancangan,” ujarnya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata YSISS pertama yang terletak di Petra Jaya mula beroperasi secara rasmi pada 4 April 2022.

Menurutnya, pengambilan awal membabitkan 1,261 pemohon dan daripada jumlah itu 761 pemohon telah menduduki peperiksaan kemasukan.

“Disebabkan menghadapi kekangan kapasiti, kampus tersebut hanya boleh menerima 115 pelajar untuk kumpulan pertama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan