Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sri Fatimah nyuaka dokumen sementara ngagai siku anak Sarawak ti kala ngaga peminta nya. Foto : Ahmad Nasrullah (TVS)

Penantian tiga tahun untuk kewarganegaraan anak angkat berakhir

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Penantian selama lebih tiga tahun sepasang suami isteri, Yusuf Kamil dan Nuridzyan Shazwani Ja’afar untuk mendapatkan dokumen kewarganegaraan buat anak angkat mereka berakhir hari ini.

Yusuf, 34, berkata, dia dan isterinya memohon kewarganegaraan untuk Mikayla Hana yang kini berusia empat tahun pada September 2019.

“Saya memohon menerusi laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kami turut membuat tindakan susulan apabila sentiasa membuat panggilan telefon dan menghantar emel kepada pihak berkuasa supaya kelulusan dapat disegerakan,” katanya kepada wartawan di Bilik Media Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah turut hadir menyaksikan majlis penyerahan dokumen kewarganegaraan yang diserahkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak, Awang Afferoz Awang Marikan kepada Yusuf.

Menurut Yusuf, kanak – kanak perempuan itu diambil sebagai anak angkat mereka ketika berusia setahun semasa berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Yusuf memberitahu, walaupun Mikayla tiada status warganegaraan sebelum ini, mereka tidak berdepan masalah untuk menghantarnya ke taman didikan kanak – kanak (tadika) kerana mempunyai dokumen sah daripada mahkamah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan