Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Agro Makanan, Jabatan Pertanian Sarikei menunjukkan isyarat bagus selepas melakukan demonstrasi menghasilkan kuih koci sempena Pameran Pesta Nanas dan Buah-buahan 2022 di Sarikei. Foto: TVS

Komitmen tinggi perkasa sektor pertanian Sarikei

SARIKEI, 29 Nov: Komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor pertanian Sarikei terserlah melalui pelbagai pendekatan terkini bagi memastikan bidang itu terus berkembang sekali gus menjana sumber pendapatan komuniti setempat.

Antara yang diberi tumpuan ialah tanaman makanan merangkumi perusahaan padi yang merupakan jaminan keselamatan makanan negara.

Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Freddy Paul berkata tanaman hidroponik antara usaha teknik menarik minat belia menceburi bidang pertanian moden.

“Kita akan mencuba teknik yang mudah seperti sistem fertigasi dan hidroponik. Pertanian digital boleh dijalankan oleh golongan belia kerana golongan belia ini merupakan golongan yang lebih mudah bermain dengan digital agar mereka tertarik dan menjana pendapatan golongan belia di bahagian Sarikei,” katanya ketika ditemui pada Pameran Pesta Nanas dan Buah-buahan 2022 di sini, semalam.

Sejajar dengan hasrat itu, beliau berkata usaha menaiktaraf infrastruktur kebun atau ladang juga diberi tumpuan khusus bagi memudahkan petani membawa keluar dan memasarkan hasil pertanian masing-masing.

Beliau berkata kewujudan Taman Agro yang menggunakan teknologi terkini bakal melonjakkan lagi potensi berkenaan namun, penduduk perlu memanfaatkan peluang berkenaan dengan sebaik-baiknya.

“Saya menyeru kepada petani terutamanya para belia untuk menjadi peserta di Taman Agro Sungai Baji ini setelah pusat ini dibuka untuk beroperasi pada masa akan datang. Selain itu, Jabatan Pertanian bahagian Sarikei juga telah merancang untuk membina satu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

“Sekiranya diluluskan, kita akan mula beroperasi atau membina TKPM di Julau yang berkeluasan lebih kurang 20 hektar. Ini mungkin dapat berjalan atau beroperasi pada tahun 2024,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan