Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika sidang media selepas penggulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat pada persidangan DUN, pagi tadi. Foto: Ahmad Nasrullah

DUN Sarawak: Pusat Sains Sarawak dijangka beroperasi 2025

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta inovasi dalam memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, mendedahkan bahawa sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan Pusat Sains pada tahun 2023.

“Dengan peruntukkan RM20 juta untuk tahun depan, pembinaan kerja untuk Pusat Sains Sarawak akan bermula pada 2023, serentak dengan reka bentuk dan fabrikasi interaktif pameran dan kandungan.

“Pusat Sains ini dijangka beroperasi dan dibuka kepada khalayak umum pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan