Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn

DUN Sarawak: Pertimbang autonomi pendidikan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn meminta  Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap autonomi pendidikan untuk Sarawak.

Sagah berkata, perkara itu sejajar dengan aspirasi rakyat, autonomi itu harus merangkumi perkara dasar dan pelaksanaan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan pembiayaan yang diperlukan,” katanya dalam ucapan pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi pihak masyarakat Bidayuh, atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Tambahnya lagi, beliau berharap Kerajaan Negeri akan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan