Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

DUN Sarawak: OSC pertimbang permohonan penggajian pekerja asing secara ‘fast-track’

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak telah mewujudkan Jawatankuasa Sehenti (OSC) bagi mempertimbangkan permohonan penggajian pekerja asing secara ‘fast-track.’

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi menambahbaik proses dan prosedur penggajian pekerja asing.

“Bagi menambahbaik proses dan prosedur permohonan penggajian pekerja asing, Kerajaan Sarawak telah mewujudkan satu jawatankuasa dikenali sebagai One Stop Committee (OSC) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak.

“Ini adalah bagi mempertimbangkan permohonan secara fast-track terutamanya permohonan dalam sektor penting yang melibatkan projek-projek kerajaan serta minyak dan gas,” katanya dalam Perbahasan Atas Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

John Sikie turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak dan Jabatan Imigresen Malaysia kini sedang berbincang untuk membenarkan majikan membawa masuk pekerja asing ke Sarawak.

“Pada masa yang sama, turut dibincangkan adalah permohonan Approval in Principle (AP) dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JKTS).

“JKTS telah menambahbaik SOP dengan membenarkan majikan mengemukakan permohonan Surat Kelulusan Secara Dasar melalui emel ataupun pos, selain daripada majikan hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat,” katanya lagi.

Dengan penambahbaikan ini, pihak majikan tidak perlu berurusan secara fizikal untuk mengambil Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin kerana ia boleh dimuat turun terus melalui Sistem e-NRE Repositori Lesen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan