Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah motosikal lain dari arah belakang berhampiran Taman Awam di Jalan Miri-Airport awal pagi semalam. Foto: IPD Miri

Remaja lelaki maut dilanggar motosikal dari belakang

MIRI, 28 Nov: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal lain dari arah belakang, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala oleh petugas kesihatan dari Hospital Miri.

Katanya, dalam kejadian kira – kira pukul 4.30 pagi berhampiran Taman Awam di Jalan Miri – Airport itu, motosikal yang melanggar mangsa ditunggang seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pada masa sama, saya ingin menasihati ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak di bawah umur untuk menunggang atau memandu kenderaan.

“Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 39(1) APJ 1987,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan