KUCHING, 28 Nov: Pusat Beli-Belah La Promenade yang terletak di Kota Samarahan menyambut bulan Krismas yang padat dengan aktiviti komuniti melalui ‘Sunset Buffet’ di Terrace Bar, larian malam cuti sekolah dan peraduan foto ‘Christmas Street’.
‘Sunset Buffet’ di Terrace Bar terletak di atas bumbung aras lima Pusat Beli-Belah La Promenade yang mempunyai pemandangan 360 darjah.
Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Datuk Peter Minos menghadiri pelancaran acara yang diadakan pada bulan Disember, sekali gus merasmikan peraduan foto di Christmas Street semalam.
Sementara itu, Persatuan Pelukis Sarawak akan mengadakan pertunjukan tahunan mereka bermula 9 Disember ini.
Lebih 70 karya seni yang akan dipamerkan dan dijual, kemasukan ke pertunjukan tersebut adalah secara percuma.-TVS