Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusuhan meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium. Foto: FIFA

Piala Dunia: Kekacauan meletus di Belgium, Belanda susulan kemenangan Maghribi

ByBernama

BRUSSELS/AMSTERDAM, 28 Nov: Rusuhan meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api dan di beberapa kawasan lain ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.

Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.

Datuk Bandar Brussels Philippe Close menyelar tindakan itu dan menggesa mereka tidak mencetuskan kekacauan di kawasan pelancongan dan pusat beli-belah.

Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.

Kira-kira 500 peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.

Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan