SIBU, 28 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek akan menggunakan peruntukan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyelenggara pili bomba di kawasannya pada tahun hadapan.
Menurutnya, meskipun projek berkenaan sepatutnya menggunakan dana kerajaan Persekutuan melalui jabatan bomba, namun keperluan yang mendesak demi keselamatan orang ramai, beliau mahu isu diselesaikan segera.
Beliau maklum bahawa beberapa pili bomba di kawasan DUN Bukit Assek tidak berfungsi dan ini mungkin membahayakan penduduk setempat sekiranya berlaku kebakaran.
âSaya sudah mula mengatur peruntukan RTP untuk tahun depan dan salah satu fokus saya ialah memberi peruntukan dan bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu.
âPeruntukan itu akan diberikan kepada Majlis Perbandaran Sibu sebagai agensi pelaksana dan kita akan bekerjasama dengan bomba Sibu kerana kita perlu menyemak kawasan demi kawasan bagi setiap pili bomba dan paip itu sendiri,â katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Komuniti Rakyat Pemeriksaan Kesihatan Pengguna di SJK(C) Sacred Heart di sini pada Ahad.
Beliau menerima aduan orang ramai yang risau tentang pili bomba dikhuatiri tidak berfungsi.
âJika Balai Bomba dan Penyelamat Sibu tidak mempunyai dana, jangan risau pembiayaan akan keluar daripada saya. Saya mahu membina keyakinan untuk rakyat kita terhadap pili bomba dan perkhidmatan bomba kami di sini adalah baik untuk digunakan.
âSaya ingin bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu untuk memeriksa kawasan ke kawasan bagi membaiki pili bomba di Bukit Assek,â katanya. – TVS