Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah DBP, Abang Haliman Abang Julai ditemui media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Kamus Melanau Matu Daro-Bahasa Melayu di Sarikei semalam. Foto: TVS

DBP Sarawak fokus martabat kearifan tempatan

SARIKEI, 28 Nov: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak memberi tumpuan khusus terhadap kearifan tempatan yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan keunikan yang terdapat di negeri ini.

Pengarah DBP, Abang Haliman Abang Julai berkata, keunikan pelbagai suku kaum di Sarawak boleh diketengahkan dan didokumentasikan bagi memastikan kelestariannya agar tidak lenyap ditelan zaman.

“Kearifan ini untuk kita ketengahkan kepada masyarakat khususnya di Malaysia dan umumnya ke seluruh dunia.

“Keunikan ini tidak ada di tempat lain tetapi hanya ada di Sarawak, jadi kami di DBP memberi tumpuan khusus terhadap kearifan tempatan supaya hasil daripada keunikan ini dapat kita dokumentasikan, terbitkan dan perluaskan dalam pelbagai wahana sama ada media sosial atau dalam bentuk tradisional,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Kamus Melanau Matu Daro-Bahasa Melayu di Sarikei semalam.

Antara yang sudah diterbitkan ialah Kamus Bahasa Sukuan Melanau Mukah, Kamus Bahasa Iban, Melayu Sarawak dan Bahasa Baie.

Tambahnya, walaupun prosesnya sukar dan mengambil masa yang panjang namun, hasil komitmen itu boleh menjadi dokumen atau bahan rujukan sekali gus memudahkan pemilihan perkataan yang sesuai untuk dinobatkan menjadi istilah di peringkat kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, DBP turut merangka pelbagai program sepanjang tahun depan, yang akan diperluaskan ke seluruh Sarawak termasuk bengkel penulisan dan komunikasi.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan festival sempena 60 tahun Sarawak dalam Malaysia dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi.

“DPB bersaing dengan pelbagai jabatan dan agensi di Sarawak, kerana kalau mengharapkan DBP saja mungkin agak sukar kita melaksanakan kegiatan di seluruh Sarawak.

“Alhamdulillah, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sarawak dapat membantu kami dalam melaksanakan pelbagai aktiviti, kami juga mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) iaitu perjanjian persefahaman dengan Pustaka Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan agensi-agensi lain,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan