KUCHING, 28 Nov: Tiga kematian direkodkan akibat COVID-19 di Sarawak dalam tempoh seminggu lepas.
Kematian dicatatkan di Bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan peningkatan 1,046 kes direkodkan pada minggu lepas.
📊Status terkini COVID-19 di Sarawak
— TVS (@tvstvmy) November 28, 2022
📉Minggu Epid. 47 (20 Nov – 26 Nov 2022)
1️⃣0️⃣4️⃣6️⃣kes baharu (Keseluruhan 320,311)
3️⃣ kes kematian (Keseluruhan 1,779)#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/MYGuX51fb6
“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 sebanyak 1,029 dalam kategori satu dan dua manakala 17 kes baharu dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif COVID-19 meningkat kepada 320, 311 sejak negara dilanda COVID-19.
Dalam pada itu, daerah Kuching terus menjadi penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19 iaitu 354 kes, diikuti dengan Samarahan 147 kes dan Bintulu 96 kes.
Daerah Belaga tidak ada merekodkan kes baharu COVID-19 pada minggu lepas. – TVS