Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Toyoto Fortuner yang dipandu mangsa meluncur ke tengah pantai ketika air laut pasang. Foto: BBP Lawas

Tiga sekeluarga selamat, SUV meluncur ke tengah pantai ketika air laut pasang

LAWAS, 27 Nov: Tiga sekeluarga selamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki mereka meluncur ke tengah pantai ketika air laut pasang dalam kejadian mencemaskan yang berlaku pada tengah malam tadi.

Mangsa seorang lelaki, berusia 48 tahun, yang memandu kenderaan itu, berjaya keluar untuk menyelamatkan ibu dan bapanya dalam kejadian jam 12.25 tengah malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim menjelaskan, Toyota Fortuner dipandu mangsa telah meluncur ke tengah pantai, ketika memasuki laluan untuk masuk ke rumahnya ketika air laut sedang pasang.

“Ketika memasuki laluan ke rumahnya,tiba-tiba kereta terbabit meluncur dan tersasar ke tengah pantai kira-kira 100 kaki.

“Bagaimanapun, pemandu yang selamat keluar itu dibantu orang awam berjaya mengeluarkan ibu dan bapanya dengan selamat,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya hanya membantu menarik kenderaan tersebut ke tepi pantai menggunakan winch jentera bomba.

Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 1.30 pagi dan jentera bertolak balik ke balai setelah keadaan baik dan selamat.

“Seramai sembilan anggota melibatkan dua kenderaan Bomba terlibat dalam operasi khidmat khas kereta tergelincir di tepi pantai malam tadi,” katanya lagi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan