Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri

ByBernama

JOHOR BAHRU, 27 Nov: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Semalam, dilaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri baharu itu.

Khamis lepas, Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan