Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada separuh masa kedua menghidupkan harapan Argentina untuk melangkah ke peringkat kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA dengan menundukkan Mexico 2-0 pada Sabtu. Foto: FIFA World Cup

Piala Dunia: Jaringan Messi, Fernandez bantu Argentina menang ke atas Mexico

ByBernama

LUSAIL (Qatar), 27 Nov: Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada separuh masa kedua menghidupkan harapan Argentina untuk melangkah ke peringkat kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA dengan menundukkan Mexico 2-0 pada Sabtu.

Messi menyumbat gol dari jarak jauh pada minit ke-64 sebelum Fernandez menyumbang gol kedua Albiceleste pada minit ke-87 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Lusail, lapor Xinhua.

Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus Argentina Lionel Scaloni membuat lima pertukaran ke atas pasukan yang sebelum ini tewas mengejut 1-2 di tangan Arab Saudi.

Seterusnya Argentina akan bertemu Poland dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan C  pada Rabu manakala Mexico perlu menewaskan Arab Saudi untuk memastikan pasukan ini berpeluang mara ke pusingan kalah mati. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByHandy G-
ByBernama-
ByAFP-
ByReuters-