Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster Pameran Kraf Terbaik Sarawak Foto: Facebook Sarawak Craft Council.

Pameran ‘Kraf Terbaik Sarawak’ julung kali, angkat hasil tangan dari utara Sarawak

MIRI, 27 Nov: Buat julung kali diadakan Pameran ‘Kraf Terbaik Sarawak’ dengan tema ‘kebanggaan Sarawak’ akan menghimpunkan seramai 20 artis kraftangan di bahagian utara Sarawak.

Berlangsung selama sembilan hari iaitu bermula 2  hingga 11 Disember di Bintang Megamall, di sini, barisan artis berkenaan akan menjual hastil tangan mereka seperti manik, besi digunakan untuk membuat parang, bakul Orang Ulu, beg orang Penan dan lain-lain.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting, perancangan seterusnya pameran berkenaan akan dibawakan ke bahagian lain di negeri ini.

“Majlis Kraf Sarawak akan mempertimbangkan pameran ini diadakan di Kuching, Sibu dan Bintulu serta saya juga berharap pameran ini akan menjadi acara tahunan kita di Miri ini,” katanya pada sidang media di Meritz Hotel di sini, hari ini.

Ting mendedahkan ketika ini Majlis Kraf Sarawak mempunyai seramai 200 penjual kraftangan yang berdaftar dengan pihaknya.

Justerus, beliau berharap pameran berskala lebih besar akan diadakan pada tahun hadapan.

Setakat ini, terdapat 200 penjual kraftangan berdaftar di bawah Majlis Kraf Sarawak dan majlis ini menyasarkan untuk meningkatkan dua kali ganda penjual berdaftar pada tahun hadapan.

“Hasrat ini bukan sahaja mempromosikan kraftangan bahagian utara Sarawak tetapi pada masa yang sama ia bertujuan membantu untuk menaik taraf sektor pelancongan di Miri.

Sementara itu, bercakap mengenai kehadiran pengunjung ke Miri, Ting mendedahkan pihaknya menyasarkan seramai 1.5 juta orang akan hadir memandangkan ketika ini telah melebihi sasaran asal iaitu 1.2 juta orang.

“Dengan pembukaan sempadan di Brunei, lokasi yang hampir dengan kita juga adalah negeri Sabah dan penerbangan terus dari Singapura, saya yakin sasaran 1.5 juta akan dapat dicapai sebelum berakhirnya tahun 2022 ini,” tegasnya.

Pameran kraftangan ini juga dipercayai sebagai permulaan Bandaraya Miri menjadi hab utama untuk kraftangan Sarawak sekali gus sebagai BIMP EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina) untuk kraftangan Borneo.

Dalam pada itu, Ting mendedahkan bandar raya itu bakal mempunyai Pusat Konvesyen Miri dalam masa beberapa tahun akan datang.

Pihak kementerian juga merancang untuk menambah pelbagai aktiviti katanya pada tahun hadapan dengan kerjasama Majlis Kraf Sarawak, Batik Linut dan agensi-agensi lain bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Miri sekali gus mempergiatkan lagi sektor perlancongan di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan