Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana jualan pengusaha kraf tangan di Miri Country Music Festival (MCMF) 2022. Foto: TVS

MCMF bantu pengusaha kraf tangan jana pendapatan

MIRI, 27 Nov: Miri Country Music Festival (MCMF) 2022 bukan sahaja dinanti-nantikan oleh pencinta genre muzik country yang mahu menggayakan kostum koboi yang cukup sinonim dengan muzik berkenaan, malah menjadi platform kepada pengusaha kraf tangan yang terlibat dalam festival itu mempromosikan hasil kraf tangan tempatan.

Rata-rata mereka yang ditemui menzahirkan rasa gembira kerana majlis sebegini dapat dihidupkan semula dan mereka berpeluang untuk memperoleh pendapatan melalui platform itu.

Pengusaha kraf tangan, Lucia Usun berkata, setelah hampir tiga tahun pandemik, dia amat bergembira melihat majlis sebegini dihidupkan semula.

“Saya amat bergembira berada di MCM yang turut menarik kehadiran pengusaha kraf tangan,ramai pelanggan datang dan membeli produk kami sehingga dapat membantu perniagaan kami berkembang,” katanya.

Salina Wan pula melihat majlis sebegini mampu membantunya menjana pendapatan.

“Saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan festival seperti ini kerana selama pandemik Covid-19 tiada festival yang besar-besaran. Hari ini belum ramai yang datang, mungkin kerana hari ini hari pertama. Harap-harap esok ada banyak lagi orang yang datang melihat bersama kita,” katanya.

Bagi pengusaha Riberd Beads, Esther Tapan, dia amat teruja untuk melihat festival yang berlangsung selama dua hari dan melalui platform itu dia dapat menjana pendapatan.

“Saya sangat gembira kerana kita sudah lama tidak berniaga dan sekarang sudah bebas berniaga seperti dahulu. Sekurang-kurangnya, kita semua ada pendapatan sampingan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan