Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Foto: TVS

Kumang-Keling Iban, platform terbaik kekal budaya Iban

BINTULU, 27 Nov: Penganjuran pertandingan Kumang dan Keling merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan budaya masyarakat Iban.

Perkata itu dinyatakan oleh Datuk Seri Tiong King Sing dalam teks ucapan beliau yang dibaca oleh wakilnya, Ketua Politik Parti Demokratik Progresif (PDP) Bintulu, Ukar Kelayang di sini, semalam.

“Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.

“Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri, yang juga melambangkan identiti sesebuah negara.  Bukan sahaja perlu dipelihara, malah perlu dimartabatkan dan dipromosikan secara berterusan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam pada Pertandingan Kumang Keling RNI peringkat negeri Sarawak 2022 di Restoran Dinner World di Bintulu, pada Jumaat.

Tambahnya untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara.

Dengan penganjuran sesuatu program seumpama, warisan budaya akan terus hidup apabila rakyat sendiri lebih memahami budaya sendiri.

“Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur dan segar merentasi zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

“Maka itu, saya berharap Raban Ngepan Iban (RNI) akan pergiatkan usaha dalam memelihara budaya dan bangsa masyarakat Iban seperti yang kita lihat malam ini, khususnya dalam mempertontonkan keunikan pakaian tradisional Iban seperti ngepan, baju burong, sirat dan sebagainya,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap usaha-usaha sedemikian akan terus mendapat sambutan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutama Lembaga Pelancongan Sarawak mahupun pihak berkaitan yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan