Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Negara-negara di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) sepakat mengatur semula sektor pelancongan ke arah memperkasa kemampanan, keterangkuman, daya tahan dan inovasi untuk manfaat masyarakat tempatan.

BIMP-EAGA sepakat atur semula sektor pelancongan pascapandemik

ByBernama

JAKARTA, 27 Nov: Negara-negara di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) sepakat mengatur semula sektor pelancongan ke arah memperkasa kemampanan, keterangkuman, daya tahan dan inovasi untuk manfaat masyarakat tempatan.

Keluaran Dalam Negara Kasar subrantau itu meningkat kepada 2.4 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 3.3 peratus pada 2020 tetapi pelancongan kekal sebagai sektor paling terjejas teruk dengan pertumbuhan paling perlahan dalam ketibaan pelancong.

Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat BIMP-EAGA ke-25 yang dihadiri menteri dan pihak berkepentingan di Kalimantan Barat, Indonesia pada Sabtu, Malaysia diwakili Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

Anggota mesyuarat itu berpendapat bahawa pelaksanaan pelan komunikasi pemulihan pelancongan BIMP-EAGA dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) akan menarik pelancong, memandangkan subwilayah itu selamat dan mudah dikunjungi.

“Para menteri juga menyambut baik penamatan Inisiatif Kuarantin One Borneo dan menantikan pemeteraian Surat Hasrat pada 2023,” kata Nor Azmie dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai Kajian Separuh Penggal BIMP-EAGA Wawasan 2025, beliau berkata Malaysia telah mencadangkan untuk menjadikan hasil rundingan lebih dinamik untuk projek dan program pembangunan ekonomi masa depan.

Isu lain yang dibincangkan termasuk kesalinghubungan, transformasi digital, peranan pembangunan industri pertanian dan perikanan dalam menangani perubahan iklim dan krisis makanan serta perkongsian dengan rakan kongsi pembangunan dan peralihan tenaga bersih.

Nor Azmie berkata BIMP-EAGA menantikan cadangan daripada kajian berkenaan Potensi Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui yang akan menyemak pasaran Tenaga Boleh Diperbaharui untuk pelaburan berpotensi.

“Terdapat cadangan untuk memulakan kesalinghubungan grid kuasa rentas sempadan untuk membantu menangani permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menyediakan akses tenaga yang mampan dan boleh dipercayai kepada komuniti,” kata beliau.

Sementara itu, Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) digesa berperanan sebagi penggerak bagi memudahkan lebih banyak penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebagai enjin pertumbuhan yang penting.

Persekutuan Perniagaan Sarawak menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Perniagaan dan Industri Kalimantan Barat dan Dewan Perniagaan dan Industri Indonesia (KADIN) Kalimantan Timur semasa mesyuarat BEBC.

Nor Azmie berkata MoU itu bertujuan mengukuhkan hubungan perniagaan dan membangunkan kerjasama timbal balik untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kedua-dua negara.

Mengenai kapasiti institusi Pusat Pemudahcara BIMP-EAGA, beliau berkata Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya terhadap cadangan Brunei untuk menubuhkan Sekretariat BIMP-EAGA di negara ini sebelum memutuskannya dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan