Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Richard Lon

UNIFOR ubah wajah rumah ibadat yang daif

ByNazirah Adlina

KUCHING, 26 Nov: Rumah ibadat kini berada dalam keadaan lebih baik, terutama sekali dari segi kelengkapan infrastruktur.

Menurut Pengarah Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR), Richard Lon, hal ini dapat dilihat hasil usaha kerajaan Sarawak melalui pihaknya membaik pulih rumah ibadat yang daif di negeri ini.

“Sejak hari pertama saya bersama UNIFOR, saya telah melihat banayk perkara telah dilakukan terutamanya segi bantuan daripada kerajaan yang telah meningkat dari tahun ke tahun serta kita boleh saksikan rumah ibadat yang daif sebelum ini kini berada dalam kondisi lebih baik, dari segi infrastrukturnya,” katanya.

Richard berkata demikian ketika disoal pemberita pengalaman dirinya berkhidmat sebagai Pengarah UNIFOR sejak tiga tahun ini.

Menurutnya sepanjang menjawat jawatan tersebut, antara fokus utama beliau adalah usaha membina kepercayaan dan mewujudkan hubungan baik antara institut keagaamaan lain di Sarawak.

Berkongsi lanjut, Richard mendedahkan pandemik Covid-19 terdahulu memberi kelebihan kepada pihaknya meraih keyakinan daripda masyarakat.

“Apabila bermulanya pandemik, semua pihak bersatu demi melindungi orang kita, terutama sekali orang Sarawak. Apa yang dilakukan adalah semua pihak bersatu untuk membincangkan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) hingga membentuk permuafakatan dengan semua ketua institusi keagamaan,” ujarnya di majlis Rumah Terbuka Deepavali 2022, di sini, pada Jumaat.

Seterusnya kata Richard, keharmonian rakyat di negeri ini sekali gus menjayakan strategi Sarawak membendung penularan Covid-19 dalam institusi keagamaan, terutamanya dalam kalangan rumah ibadah di bawah UNIFOR.

UNIFOR merupakan sebuah unit baharu di bawah di Jabatan Premier Sarawak di bawah portfolio Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditubuhkan pada tahun 2017.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengerusi International Society For Krishna Consiousness (ISKCON), Prabhu Kripa, Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak, Archbishop Simon Poh, Presiden Kuil Sikh Kuching, Dr Kalwinder Singh Khaira serta ketua-ketua institut agama lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan