Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulangtahun Ke-70 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) dan Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Sarawak (EOYS) di Kuching. Foto: TVS

Sarawak destinasi pelaburan projek pembuatan – Awang Tengah

ByAkma Salleh

KUCHING, 26 Nov: Sarawak merupakan salah satu destinasi pelaburan pilihan untuk projek pembuatan di negara ini,  kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, pada tahun 2020 dan tahun lalu negeri ini berjaya menarik jumlah pelaburan bagi projek pembuatan bernilai RM23.17 bilion walaupun pandemik COVID-19 menjejaskan perancangan pelaburan.

“Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif kewangan dan bukan kewangan bagi menangani impak pandemik COVID-19.

“Menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 sehingga 9.0 Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai bantuan berjumlah RM6.7 bilion untuk menyokong sistem kesihatan, membantu golongan terjejas, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan sebagainya, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulangtahun Ke-70 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) dan Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Sarawak (EOYS) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohamad Naroden Majais.

Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berkata, PKS menjadi tulang belakang ekonomi negara yang datangnya daripada sektor perniagaan.

“Di Malaysia, PKS membentuk 97 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan dan telah menyumbang dengan ketara ke arah pertumbuhan ekonomi negara, keadaan sama juga berlaku di Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan