Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MCMF diadakan selama dua hari pada 25 hingga 26 November di Eastwood Valley Golf dan Country Club. Foto: MCMF (Facebook)

Miri Country Music Fest (MCMF) kembali selepas pandemik

MIRI, 26 Nov: Dua tahun ditunda, Festival Miri Country Music Fest (MCMF)  dijayakan secara fizikal malam ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting berkata sebelum ini festival berkenaan hanya menemui peminatnya secara maya menerusi siaran langsung di Facebook iaitu MCMF Stay at Home Concert pada tahun 2020 lalu.

“Kepada rakan-rakan kita yang datang jauh dari luar Malaysia, kami amat menghargainya kerana sudi datang dan berkongsi muzik dan pengalaman anda bersama kami.

“Warga Miri pasti datang dan menikmati persembahan festival ini,” katanya pada sidang media di Eastwood Valley, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ting meyakini pembukaan semula sempadan dan pemansuhan sekatan perjalanan membuka ruang kepda Sarawak mengadakan festival muzik peringkat antarabangsa.

“Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk warga Miri meraikan pembentukan kerajaan baharu di Malaysia,” ujarnya.

 

Datuk Sebastian Ting menghadiri sidang media bagi Festival Miri Country Music Fest (MCMF) di Eastwood Valley tengahari tadi. Foto: TVS

Diadakan selama dua hari pada 25 hingga 26 November, Ting memberitahu MCMF memilih untuk berpindah ke lokasi yang lebih luas di Eastwood Valley Golf dan Country Club bagi memberikan ruang yang selesa dan pengalaman yang menarik untuk pengunjung dan penghibur.

Pada masa yang sama katanya, pelbagai makanan etnik yang enak dan kraftangan menarik di dihidangkan selain berpeluang mengundi ‘cowboy’ dan ‘cowgirl’ yang terbaik pada malam ini.

Beliau menambah festival berkenaan menjadi platform untuk penghibur dan pemuzik yang sudah dikenali mahupun yang masih ‘hijau’ sama ada dari dalam dan luar negara menampilkan dan mempromosikan muzik mereka kepada khalayak ramai.

Antara penyanyi dan kumpulan muzik yang datang memeriahkan MCMF ialah Lyia Meta, Kamal Bukhary, Session Band, Country Road dan Mountain Wind dari Malaysia, Tantowi Yahya dari Indonesia, Johnny Loda Trio dari Itali, Cambodia Country Band dari Kemboja dan Ramon Cedillo dari Singapura. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan