Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat. Foto Bernama.

Lelaki ditahan kes tipu jual jam dan beg mewah, mangsa rugi RM20 juta

ByBernama

JOHOR BAHRU, 26 Nov: Seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah premis kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, Ahad lalu, susulan laporan mangsa di daerah Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara Ogos hingga bulan ini.

Katanya, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad jenama mewah seperti LV, Chanel, Dior, Hermes, Rolex, Patek Philippe dan Audemars Piguet kepada mangsa dengan harga jualan yang lebih murah berbanding harga pasaran.

“Mangsa akan berurusan secara bersemuka dengan lelaki itu dan setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, mangsa kemudiannya akan membuat pembayaran ke akaun bank yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman berkata, setelah bayaran dibuat, lelaki berkenaan akan melarikan diri bersama wang yang telah dibayar oleh mangsa dan dia turut gagal dihubungi.

Mangsa tersebut adalah empat ahli perniagaan berumur antara 31 hingga 40 tahun.

Kamarul Zaman berkata, siasatan juga mendapati lelaki tersebut turut terlibat dengan satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Menurutnya, lelaki itu kini direman sehingga Ahad bagi siasatan kes selesai di sini dan akan diserahkan kepada IPK Perak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan