Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari mangsa dan mengenalpasti mangsa yang berjaya di temukan. Foto: Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Angka kematian akibat gempa bumi di Cianjur, Indonesia meningkat 310 orang

BOGOR, 26 Nov: Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 5.6 di daerah Cianjur, Jawa Barat terus meningkat kepada 310 orang sementara 24 orang lainnya masih hilang.

Sekurang-kurangnya 2,046 orang cedera dan 62,545 ditempatkan di 110 Pusat Pemindahan, menurut data Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia setakat 7 pagi waktu tempatan hari ini.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata, pasukan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari mangsa dan mengenalpasti mangsa yang berjaya ditemukan.

“Kami akan terus mencari sehingga semua mangsa yang hilang berjaya ditemui terutama mangsa yang telah kami ketahui,” katanya dalam sidang media.

Lebih lagi, jumlah pasukan pencari dan penyelamat turut dipertambahkan sehingga 6,000 orang berikutan alat-alat pencarinya.

Sementara itu, lebih 258 gegaran susulan antara 1.5 dan 4.2 pada skala Richter direkodkan berterusan yang juga menjadi cabaran pasukan pencari dan penyelamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan