Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program penanaman pokok di UNIMAS, Kota Samarahan pada Sabtu. Foto: TVS

20,000 pokok tempatan termasuk belian berjaya ditanam di UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 26 Nov: Sejumlah 20,000 pokok tempatan termasuk belian berjaya ditanaman menerusi projek penanaman yang diusahakan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjsama Takasago Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) sejak 2018, di sini.

Kejayaan membuahkan hasil setelah lima tahun menurut Pensyarah Fakulti Sains Sumber dan Teknologi (FRST) UNIMAS, Dr Effendi Wasli, ia nampak ketara susulan kehijauan daripada tanaman itu mulai nampak di bahagian depan pintu masuk utama kampus berkenaan.

“Kalau sebelum ini ia merupakan kawasan tanah lapang tetapi sekarang sudah dipenuhi dengan pokok-pokok yang kita tanam,” katanya yang juga ketua projek itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program penanaman pokok di kampus UNIMAS di Kota Samarahan di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya kejayaan tidak semudah disangka, memandangkan proses penanaman memerlukan kajian terhadap kawasan dan struktur tanah yang sebelum ini terkesan oleh projek pembangunan kampus.

Justeru, tegasnya keadaan tanah turut diambil kira dan dipertimbangkan sebelum penanaman pokok dilakukan di kawasan yang telah dipilih.

Dalam pada itu, Dr Effendi memberitahu setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk menanam pokok spesis lain selain spesies tempatan.

“Kita tanam sekarang ialah spesies tempatan, sebelum ini kita pernah tanam pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan dan durian,” katanya spesis lain ialah pokok belian, engkabang jantung, gaharu dan kapur bukit.

Perancangan masa depan kata Dr Effendi, pihaknya berusaha untuk mengekalkan penanaman pokok-pokok tempatan seperti balak juga.

Projek berkenaan jelasnya disertai lebih 600 pelajar sejak dimulakan lima tahun lalu serta dirangka  berkonsepkan ‘student centric’.

“Projek ini dijalankan oleh pelajar untuk pelajar, maksudnya di sini mereka tidak menanam pokok semata-mata tetapi belajar mengenai tanaman merangkumi proses semaian benih, menanam, menjaga dan memelihara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan