Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama.

Presiden Turkiye telefon, ucap tahniah kepada Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Panggilan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri.

Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama kira-kira 10 minit, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10
  2. 2. Anwar angkat sumpah Perdana Menteri ke-10
  3. 3. Jawatan TPM untuk BN dan GPS – Anwar
  4. 4. Speaker bincang dengan PM Anwar tarikh pembukaan Parlimen ke-15

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda,” katanya kepada Erdogan.

Anwar memberitahu sidang media bahawa terdahulu beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyampaikan ucapan tahniah, dan ucapan sama turut diterima daripada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan