KUCHING, 25 Nov: Kerajaan Sarawak menyediakan pelan pembangunan yang komprehensif bagi memastikan tiada kawasan yang ketinggalan, kata Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben.
Menurutnya, inisiatif agensi pembangunan diwujudkan bagi memastikan projek pembangunan sesebuah kawasan dapat dilaksanakan dengan efektif sekali gus memberi faedah kepada rakyat,
Agensi Pembangunan Huju Rajang (URDA) jelasnya lagi bertanggungjawab melaksanakan pembangunan setempat di Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan Nanga Tada.
“Pembangunan di kawasan ini dirangkumkan dalam Pelan Pembangunan Sosio-Ekonomi 2022-2026 URDA,” katanya ketika pada sesi Soal Jawab Persidangan harı kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menjawab pertanyaan ADUN gemah, Anyi Jana mengenai status terkini bagi cadangan penubuhan Agensi Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) di Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan Nanga Tada, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, ADUN Serembu, Miro Simuh mengemukakan pertanyaan mengenai perancangan bagi menempatkan stesen penimbang kenderaan lebih muatan di Jalan Bau-Kuching.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, setakat ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia belum ada perancangan untuk membina stesen penimbang secara statik di Jalan Bau-Kuching.
“Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap lori-lori yang membawa lebih muatan dilaksanakan secara berterusan di kawasan Jalan Bau-Kuching menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih oleh Penguatkuasa JPJ Sarawak. – TVS