KUCHING, 25 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak bersidang pada Isnin depan (28 November) sempena cuti umum, kata Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Idris Buang.
Sehubungan itu, persidangan yang pada asalnya dijadual tamat pada Rabu (30 November), kini dijadualkan semula pada Khamis (1 Disember).
DUN Sarawak mula bersidang pada 21 November lepas.
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengumumkan cuti umum pada 28 November, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis malam.