Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan.

Azizul syor Rumah Spektra Permata disubsidi agar harga lebih mampu milik

ByYusuf Shukri

KUCHING, 24 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mengesyorkan agar Rumah Spektra Permata (RSP) diberi subsidi oleh kerajaan agar harganya lebih mampu milik, sekali gus memudahkan orang ramai membeli rumah.

Menurutnya, kerajaan mungkin boleh mengambil contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang memberi subsidi sehingga harga rumah kurang RM100,000. 

“Saya berharap pihak Kementeriaan Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) untuk meneliti kaedah ini agar kita boleh menyediakan prasarana yang bermanfaat,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, faktor harga rumah RSP di Lundu dan Sematan, dalam kawasannya, hanya tiga unit telah diduduki, dua di Lundu manakala satu di Sematan.

“Ini bukan sahaja masalah di kawasan saya, tetapi juga di kawasan lain,” katanya.

Projek RSP di Lundu dan Sematan siap pada Oktober 2020 membabitkan 26 rumah.

Dalam masa sama, Skim Pembesaran Kampung (SPK) di kawasan Lundu juga sedang dibangunkan untuk Kampung Stunggang Melayu.

Menurutnya, permohonan SPK melonjak naik susulan pertambahan bilangan penduduk di kampung-kampung seperti Kampung Sileng Melayu, Kampung Sileng Dayak dan Kampung Pugu. 

“Saya berharap pihak Jabatan Tanah dan Survei akan meluluskan permohonan ini (tanah untuk SPK).

“Berdasarkan informasi yang diberikan kepada saya, kawasan DUN Tanjong Datu memerlukan 2,371 ekar tanah untuk membangunkan projek SPK ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan