Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia menjemput semua warga Malaysia yang berhasrat untuk berkecimpung dalam bidang penerbangan, terutamanya yang berada di sekitar Bandaraya Miri, Sarawak untuk menyertai temuduga terbuka Kru Kabin AirAsia di Miri, Sarawak pada Khamis, 1 Disember 2022 ini.

AirAsia jelajah Miri untuk pencarian Kru Kabin

MIRI, 25 Nov: Berminat mengembara dan meraih pengalaman bekerja 34,000 kaki di atas paras laut? AirAsia menjemput semua warga Malaysia yang berhasrat untuk berkecimpung dalam bidang penerbangan, terutamanya yang berada di sekitar Bandaraya Miri, Sarawak untuk menyertai temuduga terbuka Kru Kabin AirAsia di Miri, Sarawak pada Khamis, 1 Disember 2022 ini.

Jika anda seorang yang cergas dan bertenaga, meminati bidang penerbangan serta mempunyai personaliti menarik, sila datang awal untuk pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Bullion Function Room, Hotel Jinhold Miri.

Kru kabin AirAsia yang terkenal di seluruh dunia dengan pakaian seragam merah ikonik mereka, serta layanan terbaik dan mesra adalah kunci di sebalik pengiktirafan antarabangsa yang diraih AirAsia, termasuklah sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai kru kabin penerbangan tambang rendah terkemuka Asia selama bertahun-tahun.

Semua kru kabin AirAsia haruslah mematuhi dan melaksanakan piawaian keselamatan yang tinggi pada setiap masa dan memastikan tetamu menikmati pengalaman penerbangan yang selesa setiap kali mereka terbang dengan AirAsia.

Klik di sini untuk butiran lanjut mengenai temuduga terbuka kru kabin AirAsia di Miri: http://bit.ly/3i8Y0qP

Ikuti @AirAsiaCabinCrew di Instagram dan TikTok untuk maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan