Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puluhan petugasa media dalam dan luar negara hadir membuat liputan Mesyuarat MKT UMNO yang berakhir tengah malam ini di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto Faitullah Morni (TVS)

UMNO sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menyokong kerajaan perpaduan seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu menolak sekiranya kerajaan perpaduan berkenaan diketuai oleh Perikatan Nasional (PN).

“MKT juga memperhalusi butiran dua perbincangan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ini bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya menerusi kenyataan media lewat malam ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Seri Paduka mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan ketika beliau dipanggil menghadap di Istana Negara.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Ahmad memaklumkan, MKT juga bersetuju semua wakil parti yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mematuhi sebarang bentuk kerajaan perpaduan yang bakal dimasyurkan oleh Seri Paduka.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MKT menyokong Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Beliau menambah, Perhimpuan Agung UMNO tahun ini pula diadakan pada 21 hingga 24 Disember. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan